
Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN):
Seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai pelaksanaan inisiatif BUD195 buat rakyat Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025. Penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma ini boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat JPN seluruh negara.
Penting untuk diketahui: Tawaran ini hanya melibatkan cip rosak sahaja. Gantian MyKad atas sebab lain (hilang, kad fizikal rosak, perubahan maklumat, dan lain-lain) masih akan dikenakan bayaran permohonan seperti biasa.






