
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
MOF ingin memaklumkan perkembangan terkini:
- Had kelayakan subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan bagi setiap warganegara yang layak telah diperbaharui pada 1 Oktober 2025 dan manfaat ini akan diperbaharui setiap 1 hari bulan.
- Kerajaan telah bersetuju memberi pemandu e-hailing sepenuh masa dengan had kelayakan tambahan dan penambahan had ini akan diberikan sebelum pertengahan bulan Oktober 2025. Pemandu e-hailing tidak perlu memohon secara individu. Kerajaan akan berurusan dengan Syarikat Pengendali e-hailing (EHO) untuk membuat permohonan secara berkelompok
- Mengambil kira pengangkutan air, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melanjutkan kelayakan untuk BUD195 kepada warganegara yang merupakan pemilik bot berdaftar, tanpa memerlukan lesen memandu yang sah. Kerajaan Persekutuan sedang bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri yang berkenaan, seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah mengenal pasti pemilik bot berdaftar.
Kelancaran operasi BUDI95 kekal menjadi keutamaan. Setakat jam 6 petang pada 1 Oktober 2025, jumlah pembelian petrol RON95 bersubsidi melalui sistem BUDI95 telah merekodkan transaksi bernilai kira-kira RM84.2 juta.
Lebih daripada 42.3 juta liter petrol RON95. Daripada jumlah tersebut, Kerajaan telah menyalurkan subsidi sebanyak RM27.8 juta bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.
SUMBER:
Facebook Rasmi MOF






