Makluman: Kempen Pengurangan Bayaran Saman Trafik Sebanyak 70% Bermula Pada 1 November Hingga 30 Disember 2025

TULAR:
142

Menurut kenyatan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

JSPT akan melaksanakan kempen pengurangan bayaran saman trafik sebanyak 70% bermula pada 1 November hingga 30 Disember 2025.

Urusan penyelesaian boleh dilaksanakan melalui platform mybayar PDRM bagi pengguna yang berdaftar dengan Mydigital id dan semua kaunter trafik daerah serta pejabat pos malaysia di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, kadar insentif ini tidak terpakαi bagi kategori kesalahan yang tidak boleh dikompaun (Non-Compoundable, NC) dan tawaran pengurangan tertakluk kepada nilai kompaun semasa dengan kadar minimum adalah RM30.00 sahaja.

SUMBER:
Facebook Rasmi JSPT

Instagram Rasmi JSPT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI