Makluman: KESUMA Galak Pelaksanaan AKF Di Sektor Swasta Sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada 26 hingga 28 Oktober 2025

TULAR:
60

Menurut kenyataan Media Kementerian Sumber Manusia (KESUMA):

KESUMA menyambut baik langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membenarkan pelaksanaan Dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) secara fleksibel bagi penjawat awam sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 pada 26 hingga 28 Oktober 2025.

Selaras dengan langkah tersebut, KESUMA turut menggalakkan majikan di sektor swasta untuk mempertimbang pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) yang diperkenalkan di bawah pindaan Akta Kerja 1955 [Akta 265], berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Melalui peruntukan tersebut, pekerja sektor swasta berpeluang memohon AKF bagi menyesuaikan waktu, hari atau lokasi bekerja, khususnya sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025, tanpa menjejaskan keperluan operasi dan produktiviti organisasi.

Melalui peruntukan Seksyen 60P dan 60Q di bawah Akta 265, pekerja boleh memohon AKF kepada majikan masing-masing untuk menyesuaikan waktu, hari, atau lokasi bekerja termasuk bagi tempoh tertentu seperti penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dengan mengambil kira keperluan operasi syarikat dan kelangsungan produktiviti.

SUMBER:

Facebook Rasmi KESUMA

Instagram Rasmi KESUMA

X Rasmi KESUMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI