
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang Kelantan:
Sebuah lubang benam (sinkhole) dilaporkan berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang (FT185) berhampiran Kampung Jekjok, pada 7 Ogos lepas.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang memaklumkan kejadian pada 8.30 pagi itu berlaku di Seksyen 78.600 LHS dengan keluasan mendapan berukuran panjang 15 meter, lebar enam meter dan kedalaman 3.1 meter.
Berikutan kejadian itu, laluan ke arah Gua Musang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan manakala hanya satu lorong masih dibuka untuk arah bertentangan.
SUMBER:
Facebook Rasmi JKR Gua Musang Kelantan






