
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):
JPN telah menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menggunakan MyKad milik orang lain bagi menebus bantuan BUDI95 di sebuah stesen minyak di Gemencheh.
Tindakan tangkapan dibuat susulan aduan daripada pemilik sebenar MyKad selepas mendapati berlaku penebusan BUDI95 tanpa pengetahuannya. Siasatan awal mendapati suspek berusia 42 tahun telah menggunakan MyKad tersebut di Stesen Minyak Petron, Gemencheh.
JPN menegaskan bahawa memiliki atau menggunakan MyKad milik orang lain untuk apa-apa tujuan termasuk penebusan bantuan kerajaan adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Mana-mana individu yang menemui MyKad hendaklah segera menyerahkannya kepada JPN atau balai polis berhampiran.
SUMBER:
Facebook Rasmi JPN






