
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca, MET Malaysia menjangkakan luruan angin monsun memasuki rantau negara dan berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap yang membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di Sabah dan Sarawak pada 19 hingga 23 Februari 2026.
Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS). Sehubungan dengan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa daripada 18 sehingga 21 Februari 2026.
SUMBER:






