Makluman: Luruan Monsun Di timur Semenanjung dan Barat Sarawak Sehingga 18 December 2025

TULAR:
4

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sehingga 18 Disember 2025. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan barat Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) telah dikemas kini bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang timur dan Johor timur berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025. Amaran Hujan Berterusan (Waspada) juga telah dikemas kini bagi sebahagian negeri Perak, Pahang dan Johor sehingga 18 Disember 2025. Manakala bagi negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga 16 Disember 2025.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut dikemaskini sehingga 18 Disember 2025 bagi Laut China
Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI