Makluman: Luruan Monsun Di Timur Semenanjung dan Laut China Selatan Dari 28 Hingga 29 December 2025

TULAR:
5

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Analisis terhadap model-model cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 29 Disember 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan ditimur Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikemas kini bagi timur Pahang serta timur dan tengah Johor berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2025. Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora juga masih berkuat kuasa sehingga 29 Disember 2025 bagi Laut China Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang juga dijangka di pantai barat Semenanjung.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET

Instagram Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI