
Menurut Kementerian Komunikasi (KK):
Kerajaan akan menubuhkan segera Majlis Ekonomi Jingga dalam usaha merancakkan lagi industri kreatif yang dilihat berpotensi membantu pertumbuhan ekonomi ketika negara turut berdepan krisis tenaga global.
Sektor ekonomi jingga, merangkumi industri kreatif seperti filem, muzik dan animasi, menyumbang 6.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024.
YB Datuk Fahmi berkata industri itu juga dilihat mampu diperkasakan menerusi NADI yang menyediakan prasarana dan kemudahan dengan Internet berkelajuan tinggi.
Sementara itu, katanya setakat ini terdapat sebanyak 1,098 NADI di seluruh Malaysia dengan jumlah keahlian mencecah 1.9 juta orang, dengan Johor mencatatkan 101 NADI melibatkan 200,000 keahlian.
Beliau berkata sebuah lagi NADI di Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pula dijangka siap dalam dua atau tiga bulan ini.
Dalam pada itu, YB Datuk Fahmi berkata watikah pelantikan Pengerusi Komuniti MADANI seluruh Johor akan diserahkan pertengahan April ini.
SUMBER:






