
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dijangka bermula pada 13 November 2025 dan berterusan sehingga Mac 2026. Dalam tempoh MTL tersebut, lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku.
Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan berkedudukan rendah. Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.






