
Menurut kenyataan Tourism Malaysia:
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia ingin menegaskan bahawa pihak kami tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara Miss & Mister Celebrity International 2025 yang berlangsung pada 14-22 Disember 2025 di Galaxy Hall, HGH Convention Center, Sentul, Kuala Lumpur.
Didapati bahawa penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) oleh pihak penganjur telah dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi.
Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam, atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara tersebut atau penggunaan logo tanpa kebenaran.
MOTAC dan Tourism Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti korporat rasmi.
SUMBER:
Facebook Rasmi Tourism Malaysia






