Makluman: Pelaksanaan Inisiatif MYHALALINGREDIENTS Berkuat Kuasa Pada 15 Ogos 2025

TULAR:
235

Menurut kenyataan media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan sukacitanya mengumumkan pelaksanaan MyHALALINGREDIENTS, sebuah sistem baharu yang akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2025. Inisiatif pendigitalan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan memudahkan proses pensijilan halal Malaysia bagi semua skim pensijilan halal dan kategori syarikat.

Mengenai MyHALAL Ingredients

MyHALALINGREDIENTS merupakan sistem pengumpulan data yang dibangunkan untuk merekod dan menilai semua bahan mentah yang digunakan oleh industri. Sistem ini akan diintegrasikan dengan platform sedia ada, MYeHALAL, bagi mempermudah dan mempercepatkan proses pensijilan.

Objektif dan Faedah Utama
Pelaksanaan MyHALAL Ingredients membawa beberapa objektif dan faedah utama yang akan memberi impak positif kepada semua pihak berkepentingan, termasuk:
• Pendaftaran yang Lebih Mudah
• Semakan yang Cepat dan Cekap
• Pengurusan yang Sistematik
• Pengurangan Tempoh Proses

SUMBER:
Facebook Rasmi JAKIM

X Rasmi JAKIM

Instagram Rasmi JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI