
Menurut Malaysia Airline (MAS):
Susulan penutupan sementara ruang udara di beberapa bahagian Timur Tengah, Malaysia Airlines telah membatalkan beberapa penerbangan terpilih ke dan dari Doha, Jeddah dan Madinah antara 28 Februari hingga 1 Mac 2026 sebagai langkah berjaga-jaga.
Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan secara terus dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif. Para penumpang dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat perhubungan mereka melalui “My Booking” di malaysiaairlines.com bagi menerima sebarang maklumat terkini dengan segera.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Global kami:
– 1 300 88 3000 (dalam Malaysia)
– +603 7843 3000 (luar Malaysia)
Sementara itu, penerbangan ke dan dari London serta Paris terus beroperasi seperti dijadualkan melalui laluan alternatif yang jauh dari kawasan terjejas.
MAS sedang memantau situasi ini dengan rapi. Keselamatan penumpang dan kru kami kekal sebagai keutamaan tertinggi.
SUMBER:






