Makluman: Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16

TULAR:
64

Menurut kenyataan Laman Rasmi Ketua Menteri Sabah:

Memandangkan tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 akan berakhir, saya telah menghadap Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada pagi 6 Oktober 2025 untuk menasihatkan pembubaran DUN Sabah.

Dengan perkenan Tuan Yang Terutama Tun, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari Isnin 6 Oktober 2025. Hal tersebut memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17, dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.

SUMBER:

Laman Rasmi Ketua Menteri Sabah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI