
Menurut kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
Selaras pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Sistem Subsidi Bersasar Petrol Budi MADANI RON95 (BUDI RON95), JPJ bersiap siaga dan bersedia untuk menambah waktu pengoperasian Kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai pada hari Jumaat dan Sabtu (Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah) serta hari Sabtu dan Ahad (negeri-negeri lain) bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Penambahan waktu operasi kaunter ini adalah berkuatkuasa pada 27 September 2025 hingga 26 Oktober 2025 di semua pejabat JPJ Negeri dan cawangan di seluruh negara bagi memberikan lebih ruang dan fleksibiliti kepada orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai kekangan masa pada hari bekerja untuk memperbaharui lesen memandu.






