
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Bermula 1 September 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mula menebus baucar PTV3.0.
Setiap penerima layak menebus baucar bernilai RM30 yang disubsidi oleh kerajaan.
Baucar ini boleh digunakan untuk membiayai sebahagian kos produk insurans atau takaful mampu milik dengan sumbangan tahunan minimum RM50.
RM60 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2025 bagi melaksanakan PTV3.0.
Inisiatif ini bertujuan meluaskan akses perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah serta melengkapi inisiatif lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa Β40.
Penerima boleh menyemak kelayakan di www.myptv.my dan kunjungi www.mycoverage.my bagi senarai penuh produk dibawah PTV3.0 atau berhubung dengan ejen, pengedar, serta kunjungi premis penyedia yang mengambil bahagian.
SUMBER:






