Makluman: Penetapan Tarikh Bagi Menjalankan PRU Dewan Undangan Sabah ke-17

TULAR:
306

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR):

SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah Ke-16 pada 6 Oktober 2025.

Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada, 16 Oktober 2025 (Khamis) dan memutuskan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 73 kerusi Dewan Undangan tersebut.

Bagi maksud menjalankan PRU Dewan Undangan Sabah Ke-17, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:

• Tarikh Writ: 16 Oktober 2025 (Khamis)
• Hari Penamaan Calon: 15 November 2025 (Sabtu)
• Hari Undi Awal: 25 November 2025 (Selasa)
• Hari Mengundi: 29 November 2025 (Sabtu)

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 15 November 2025 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 28 November 2025 (Jumaat).

Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula dari 13 Oktober 2025 (Isnin). Manakala tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:

Permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian (online).

Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal rasmi SPR atau hubungi talian hotline SPR atau aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat juga mulai 1 November 2025 (Sabtu).

SUMBER:

Facebook Rasmi SPR

X Rasmi SPR

Instagram Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI