
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 30/09/2025 (Selasa) di lokasi Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, Perlis (09.00 pagi – 11.00 pagi), Pondok Polis Kuala Abai, Kota Belud, Sabah (10.00 pagi – 12.00 tengah hari), Majis Imam Hj. Mustapah, Kota Belud, Sabah (02.00 petang – 04.00 petang).
Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.






