Makluman: Penutupan Jalan di Persiaran Perdana, Presint 3 Sempena Latihan Persembahan Hari Kebangsaan 2025 Bermula 21 hingga 25 Ogos 2025

TULAR:
101

Menurut Perbadanan Putrajaya:

Dimaklumkan bahawa latihan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2025 akan dilaksanakan di Persiaran Perdana, Presint 3 bermula 21 Ogos 2025 (Khamis) sehingga 25 Ogos 2025 (Isnin) melibatkan persimpangan Jalan Pembangunan ke persimpangan Jalan Kemerdekaan, Presint 3.

Sehubungan itu, laluan berkenaan akan ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah kepada semua pengguna jalanraya. Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan alternatif dan rancang perjalanan ke destinasi yang dituju.

SUMBER:

Facebook Rasmi Perbadanan putrajaya

Instagram Rasmi Perbadanan putrajaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI