Makluman: Penutupan Jalan Raya Melibatkan 17 Laluan dan KLIA 2 Sempena Lawatan Presiden Republik Rakyat China Ke Malaysia Pada 15 Hingga 17 April 2025

TULAR:
314

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

JSPT Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan penutupan penutupan penuh / lencongan jalan sempena lawatan Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik rakyat China ke Malaysia pada 15 hingga 17 April 2025.

Sebanyak 17 laluan akan terlibat dengan penutupan penuh / lencongan jalan sepanjang lawatan Tuan Yang Terutama Xi Jinping ke Malaysia. Penutupan penuh / lencongan jalan akan dibuat lebih kurang 30 minit – 45 minit bagi memberi laluan kepada delegasi melalui laluan yang akan dinyatakan dan dibuka semula selepas delegasi melalui laluan tersebut.

Sehubungan itu, JSPT akan menempatkan seramai lebih kurang 378 kekuatan terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis bagi melaksanakan penugasan-penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas serta menguatkuasakan undang- undang jalan raya.

Dalam masa yang sama, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut memaklumkan pekara yang sama berkenaan penutupan jalan di sekitar KLIA dan Putrajaya pada hari dan tarikh berkenaan.

Jalan – jalan yang akan terkesan ekoran penutupan penuh / lencongan adalah seperti berikut :

  • 15 April 2025 (selasa) jam 6.00 petang – Lebuh KLIA/ Lebuhraya Elite/ Lingkaran Putrajaya/ Lebuhraya Putrajaya – Dengkil/ Persiaran Selatan/ Lebuh Gemilang/ Jalan P5;
  • 16 April 2025 (rabu) jam 12.30 tengahari – Jalan Sultan Abdul Halimi Jalan Sultan Iskandar/ Jalan Damansara/ Jalan Istana/ Lebuhraya KL -Seremban/ Lebuhraya NPE/ Lebuhraya SUKE / Lebuhraya SPE / Lebuhraya Kesas/ Lebuhraya MEX / Lingkaran Putrajaya/ Lebuhraya Putrajaya- Dengkil/ Persiaran Selatan/ Lebuh Gemilang/ Jalan P5;
  • 16 april 2025 jam (rabu) 4.10 petang – Jalan P5/ Lebuh Gemilang/ Jalan Tunku Abdul Rahman/ Lebuh Sentosa/ Lebuh Perdana Barat/ Persiaran Seri Perdana;
  • 16 april 2025 (rabu) jam 6.30 petang – Persiaran Seri Perdana/ Lebuh Perdana Barat/ Lebuh Sentosa/ Jalan Tunku Abdul Rahman/ Lebuh Gemilang/ Jalan P5; Dan
  • 17 april 2025 (khamis) jam 8.50 pagi – Jalan P5/ Lebuh Gemilang/ Persiaran Selatan/ Lebuhraya Putrajaya – Dengkil/ Lingkaran Putrajaya/ Lebuhraya Elite/ Lebuh KLIA.

Dalam masa yang sama, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) turut menasihatkan orang awam agar merancang perjalanan ke dan dari lapangan terbang lebih awal atau di luar waktu penutupan jalan bagi mengelakkan kelewatan pada hari dan tarikh berkenaan.

Orang awam disarankan agar menggunakan pengangkutan berikut jike ingin ke/dari lapangan terbang:

  • KLIA Ekspres dari KL Sentral ke/dari KLIA Terminal 1 & 2.
  • KLIA Transit dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, atau Salak Tinggi ke/dari KLIA Terminal 1 & 2.

Sekiranya pemanduan tidak dapat dielakkan, orang awam boleh menggunakan laluan berikut untuk ke/dari lapangan terbang:

  • Laluan Alternatif: Dari Lebuhraya ELITE (E6) > Keluar di Tol Serenia > Kota Warisan > Bulatan Masjid > Jalan KLIA 1 > Bulatan Charterfield > Terminal 1 KLIA (Balai Berlepas / Ketibaan / Tempat Letak Kereta).

Seterusnya, perlu diberi perhatian juga bahawa tiada akses ke KLIA Terminal 2 (Balai Berlepas / Ketibaan / Letak Kereta) sepanjang tempoh penutupan jalan raya. Terminal 2 hanya boleh diakses melalui KLIA Transit dari Terminal 1. Penumpang yang tiba di Terminal 2 perlu menaiki KLIA Transit ke Terminal 1 untuk perjalanan seterusnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSPT

Instagram Rasmi JSPT

X Rasmi JSPT

Facebook Rasmi MAHB

X Rasmi MAHB

Instagram Rasmi MAHB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI