
Menurut kenyataan media Polis Kontinjen Selangor:
Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menganjurkan perlumbaan basikal RBH LEKAS HIGHWAY RIDE 2025 (9th edition) yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 12 Oktober 2025 (Sabtu dan Ahad). Program tersebut merupakan inisiatif pihak konsesi Lebuhraya LEKAS dalam mempromosikan acara perlumbaan basikal malam (Night Ride) di Malaysia dengan menggunakan keseluruhan laluan lebuh raya tersebut. Seramai 6,500 peserta dari dalam dan luar negara dijangka menyertai kejohanan yang melibatkan beberapa kategori perlumbaan.
Bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan peserta dan pengguna jalan raya, penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor bermula jam 5.00 petang, 11 Oktober 2025 (Sabtu) hingga jam 4.00 pagi, 12 Oktober 2025 (Ahad).
Terdapat 4 kategori yang dijalankan iaitu:-
Laluan Berbasikal 105km (Terbuka Lelaki dan Wanita)
Plaza Tol Kajang Selatan-Pajam Nilai- Mantin Lenggeng-Tol Sentul-Seremban Temiang-Tol Ampangan-Jelebu Seremban-Pusing U di KM39-Jelebu Seremban-Tol Ampangan-Seremban Temiang-Tol Sentul-Mantin Lenggeng-Pajam Nilai-Susur Tol Semenyih-Pusingan U-Susur Pajam Nilai-Pusing “U’ di Tol Pajam-Plaza Tol Kajang Selatan.
Laluan Berbasikal 78km (Terbuka Lelaki dan Wanita)
Plaza Tol Kajang Selatan-Pajam Nilai- Mantin Lenggeng-Tol Sentul-Seremban Temiang-Tol Ampangan-Jelebu Seremban-Pusing U di KM39-Jelebu Seremban-Tol Ampangan-Seremban Temiang-Tol Sentul-Mantin Lenggeng-Pajam Nilai-Plaza Tol Kajang Selatan.
Laluan Berbasikal 17km & 12km (VIP)
Plaza Tol Kajang Selatan – Pusing ‘U’ di km 11.3-Plaza Tol Kajang Selatan.
Laluan Berbasikal 12 km (Kanak-Kanak Lelaki dan Wanita)
Plaza Tol Kajang Selatan- Pusing ‘U’ di km 8.8-Plaza Tol Kajang Selatan.






