Makluman: Penutupan Jalan Utama Bermula 26 hingga 31 Ogos 2025 Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

TULAR:
1422

Menurut kenyataan media Ketua Polis Kuala Lumpur:

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 akan diadakan pada 31 Ogos 2025 di Dataran Putrajaya dengan tema “Malaysia Madani Rakyat Disantuni”. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan awam terjamin dan mengurangkan kesesakan lalu lintas sepanjang sambutan berlangsung.

PDRM turut melaksanakan Op Pencegahan Jenayah bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2025 dengan memberi tumpuan kepada pemantauan kawasan hotspot, lokasi tumpuan orang ramai serta usaha mencegah dan membanteras jenayah di sekitar ibu kota. Selain itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi tumpuan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan TRX yang akan menjadi tumpuan orang ramai pada malam tersebut.

Kawalan keselamatan dan kawalan trafik akan melibatkan seramai 2,708 orang pegawai dan anggota PDRM yang akan bertugas bagi Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya dengan jangkaan kehadiran orang ramai dijangka mencecah 100,000 orang pengunjung. Penutupan jalan semasa raptai (26, 27, 28 dan 29 Ogos 2025) akan bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan (14) jalan seperti berikut:

  1. Lebuh Wawasan/ Persiaran Perdana;
  2. Jalan Tun Razak/ Lebuh Bestari;
  3. Jalan Tun Razak/ Jalan P2K;
  4. Jalan Tun Razak/ Jalan Pembangunan;
  5. Jalan Tun Razak/ Jalan P3C;
  6. Jalan Tun Razak/ Jalan P3F;
  7. Jalan Tun Razak/ Jalan Kemerdekaan;
  8. Lebuh Setia/ Jalan Perpaduan;
  9. Lebuh Saujana/ Persiaran Perdana;
  10. Lebuh Setia/ Jalan Tun Hussien;
  11. Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussien;
  12. Jalan Pembangunan/ Jalan Tun Hussien;
  13. Lebuh Bestari/ Jalan Tun Hussien; dan
  14. Dataran Putra/ Persiaran Perdana.

Manakala pada 29 Ogos 2025 penutupan jalan bermula jam 10.00 malam melibatkan laluan-laluan ke Core Island. Sebanyak (14) jalan utama akan ditutup sepenuhnya sehingga 31 Ogos 2024. Jalan terlibat adalah :-

  1. Lingkaran Putrajaya/ Jambatan Saujana;
  2. Lebuh Sentosa/ Lebuh Wawasan;
  3. Trafik Light Lebuh Wawasan/Jambatan Wawasan (Dari Arah P9);
  4. Susur Lebuh Sentosa/ Lebuh Wawasan (Dari Arah P. Utara);
  5. Trafik Light Lebuh Wawasan/ Jalan P8H;
  6. Bulatan Salahuddin/ Dataran Perdana;
  7. Trafik Light Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussien;
  8. Trafik Light Jalan Pembangunan/ Jalan Tun Hussien;
  9. Trafik Light Jalan Kemerdekaan-P18/ Jalan Tun Hussien;
  10. Trafik Light Lebuh Setia/ Jalan Tun Hussien;
  11. Trafik Light Lebuh Saujana/ Jalan Tun Hussien;
  12. Trafik Light Lingkaran Gemilang Satu/ Persiaran Perdana;
  13. Trafik Light Lebuh Gemilang/ Persiaran Perdana-Jambatan Gemilang; dan
  14. Lebuh Sentosa/Jambatan Saujana.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan, tiba awal di tapak Sambutan Hari Kebangsaan selain dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik (Shuttle Bus) yang disediakan secara percuma dengan kekerapan masa 15 minit dari (3) Lokasi berbeza. Perkhidmatan MRT Putrajaya Line bermula pada 30/8/2025 jam 12.01 pagi sehingga 31/8/2025 jam 12.00 malam dan Perkhidmatan Teksi Air yang disediakan pada 30/8/2025 jam 8.00 malam sehingga 1.00 pagi (berbayar) manakala pada 31/8/2025 jam 5.00 pagi sehingga 2.00 petang (secara percuma). Orang ramai boleh mendapatkan makluman dan info terkini berkenaan pengangkutan awam yang disediakan melalui media sosial rasmi www.merdeka360 dan Perbadanan Putrajaya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis KL

Instagram Polis KL

X Rasmi Polis KL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI