Makluman: Penutupan Lencongan Jalan Sempena 58th AMM & Related Meetings Pada 8 Hingga 11 Julai 2025

TULAR:
77

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM):

JSPT PDRM akan melaksanakan lencongan jalan raya secara berperingkat sempena penganjuran mesyuarat 58th Asean Foreign Minister’s Meeting (58th AMM) & related meetings pada 8 hingga 11 Julai 2025 di Kuala Lumpur.

Aktiviti raptai (dry-run) pergerakan motoked melibatkan laluan daripada lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, dan ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) akan bermula pada 4 hingga 6 Julai 2025 yang melibatkan kekuatan seramai 391 orang petugas trafik terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis.

Penugasan penuh akan bermula dari 8 hingga 12 julai 2025 dan JSPT akan melaksanakan tindakan lencongan jalan raya secara berperingkat yang melibatkan tiga (3) lebuhraya dan lima belas (15) jalan utama sekitar lembah klang.

Pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dan juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan penganjuran acara ini berlangsung dengan memberi keutamaan kepada laluan-laluan yang terkesan sepertimana berikut (perincian adalah seperti di lampiran):

i. Laluan masuk dan keluar ke ibu negara;

ii. Laluan ke lapangan terbang (KLIA);

iii. Laluan ke KLCC; dan

iv. Laluan ke hotel-hotel penginapan.

Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat adalah disarankan tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan jalan raya terutamanya semasa waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan kemalangan jalan raya.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSPT

X Rasmi JSPT

Instagram Rasmi JSPT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI