Makluman: Perbadanan Putrajaya Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Pesta Moreh P.Ramlee Pada 25 Februari Hingga 10 Mac 2026

TULAR:
7

Menurut kenyataan Perbadanan Putrajaya:

Perbadanan Putrajaya menafikan penganjuran PESTA MOREH P.RAMLEE pada 25 Februari hingga 10 Mac 2026 sepertimana yang telah dihebahkan di media sosial.


Untuk makluman, semua penganjuran acara di Putrajaya perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kelulusan Acara Perbadanan Putrajaya (JKA-PPj) dan penggunaan logo Perbadanan Putrajaya adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali dengan kebenaran Perbadanan Putrajaya.


Prosedur ini ditetapkan bagi memastikan semua acara yang akan diadakan di Putrajaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk menjamin keselamatan orang awam dan menjaga imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.


Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang hebahan dan makluman penganjuran acara ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya

Instagram Rasmi Perbadanan Putrajaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI