
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Ribut Tropika SENYAR yang dikesan di perairan Selat Melaka dijangka akan menuju ke negara kita. Berdasarkan maklumat terkini, Ribut Tropika SENYAR dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j. Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November 2025.
Malaysia berada di luar kawasan laluan ribut tropika kerana kedudukan Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa. Walau bagaimanapun, Malaysia pernah dilanda oleh ribut tropika secara langsung sebanyak dua kali iaitu pada tahun 26 Disember 1996 (Greg) di barat Sabah dan pada 26 Disember 2001 (Vamei) yang berlaku di selatan Semenanjung.
MET Malaysia telah mengeluarkan nasihat sistem cuaca yang dikemaskini setiap 3 jam bermula pada 23 November 2025 apabila sistem tersebut telah memasuki kawasan pemantauan MET Malaysia iaitu dalam lingkungan latitud 0° 20°U dan longitud 950-130°T.
Perkembangan terkini, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27-29 November 2025. MET Malaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






