
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi perhatian serius terhadap isu keselamatan kanak-kanak dalam talian susulan dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Melalui pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025), MCMC kini memberi fokus kepada instrumen subsidiari bagi memperkukuh tanggungjawab penyedia perkhidmatan. Pendekatan baharu ini menekankan pengurusan risiko kandungan dan pencegahan kandungan memudaratkan, terutama yang melibatkan kanak-kanak.
ONSA 2025 menetapkan tanggungjawab jelas kepada platform untuk mengurus kandungan berisiko tinggi seperti:
- bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM)
- kandungan lucah
- kandungan sumbang
- kandungan berkaitan kemudaratan diri
Bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 November 2025, MCMC telah melaksanakan pengesanan dan permohonan penurunan kandungan secara berterusan kepada penyedia media sosial.
SUMBER:






