
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Selepas mengaktifkan kelayakan kepada pengguna bot di Sabah dan mereka yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 7 Oktober 2025, BUDI95 turut diperluaskan kepada pengguna bot berdaftar di Sarawak.
Pada masa yang sama, siling penggunaan bagi pemandu e-hailing sepenuh masa telah dinaikkan sekali ganda kepada 600 liter sebulan.
Berdasarkan data yang diperoleh daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, MOF telah mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di negeri tersebut. Bagi pemandu e-hailing sepenuh masa, MOF telah menyemak silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), melibatkan lebih 53,900 individu yang akan menerima kenaikan siling kelayakan kepada 600 liter sebulan.
Selain itu, lebih 11,400 lagi pemegang lesen memandu kini layak menerima BUDI95. Mereka terdiri daripada pemandu yang baru mendapat lesen (11,200) dan pemandu yang telah memperbaharui lesen (260), menjadikan lebih 16 juta rakyat Malaysia menerima manfaat BUDI95.
SUMBER:
Facebook Rasmi MOF






