Makluman Ramalan Cuaca Luruan Monsun sehingga 19 Disember 2025

TULAR:
6

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):

Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 19 Disember 2025. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) telah dikemas kini bagi Pahang timur, manakala Amaran Hujan Berterusan (Buruk) bagi selatan Terengganu, tengah Pahang dan timur Johor serta Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikemas kini bagi negeri Kelantan, utara Terengganu, pedalaman Pahang, barat Johor, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025 bagi Laut China Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak bermula pada 21 hingga 24 Disember 2025. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut.

SUMBER:

Instagram Rasmi MET

Facebook Rasmi MET

X Rasmi MET


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI