
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Ribut Tropika (Senyar) telah dikesan pada kedudukan 3.6°U 99.9°T di utara Sumatera dan 102 km ke barat daya Lumut, Perak, kini sedang bergerak ke arah timur tenggara memasuki perairan Selat Melaka menuju ke barat Semenanjung dengan kelajuan sekitar 24 km/j.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai 27 November 2025.
Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November 2025. MET Malaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






