Makluman: Semua Warganegara Malaysia Yang Mempunyai Lesen Memandu Aktif Layak Membeli RON95 Sehingga 300 Liter Sebulan

TULAR:
37

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Peralihan kepada BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sistem subsidi petrol RON95 yang disasarkan khusus untuk rakyat Malaysia, telah direka dan diteliti agar proses ini tidak menyulitkan rakyat, malah memberi manfaat kepada penerima.

Bagi melindungi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi sebanyak RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.60 seliter.

Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak secara automatik untuk membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan.

Siling kelayakan bulanan telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), di mana 99% pemandu kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan. Kelayakan 300 liter memadai untuk seorang pekerja yang memandu kereta Proton Saga berulang-alik sejauh 200 kilometer dari Seremban ke Puncak Alam selama sebulan.

Siling kelayakan bulanan yang tinggi turut berfungsi sebagai penampan terhadap eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab, sama ada penyeludup sempadan mahupun syarikat komersial berskala besar.
Bagi memudahkan rakyat menyemak profil kelayakan serta baki penggunaan kelayakan bulanan, Kerajaan menyediakan portal www.budimadani.gov.my yang dibuka untuk kegunaan orang ramai pada 9.00 pagi hari Khamis, 25 September 2025. Pemandu e-hailing juga boleh memohon tambahan kepada siling kelayakan mereka di portal tersebut.

SUMBER:
Facebook Rasmi MOF

X Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI