
Menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM):
PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan ke atas satu akaun TikTok kerana memuat naik kandungan yang tidak tepat dan sahih dikaitkan dengan kes Zara Qairina.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan Dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998, iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian dan kandungan yang mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak serta boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam.
SUMBER:






