Lambakan Pelaburan Dari China Menggugat Kedaulatan Negara?

TULAR:
142

PENJELASAN :

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia menghadapi masalah membayar hutang negara luar ekoran lambakan pelaburan dari China sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Bernama

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh untuk membayar semua hutang-hutang negara luar dan bukan calang-calang negara yang boleh dikompromi kedaulatannya.

Beliau mengulas isu berhubung lambakan pelaburan China ke negara-negara lain, termasuk Malaysia, sambil menjelaskan terdapat negara seperti Sudan, Sri Lanka dan Kemboja menghadapi masalah membayar semula hutang kepada negara ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Menurut beliau, dakwaan lambakan pelaburan dari China boleh menggugat kedaulatan negara tidak sepatutnya timbul kerana China bukan pelabur asing terbesar di Malaysia.

SUMBER :

Astro Awani

Bernama