PENJELASAN :
Pengerusi Jawatankuasa Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memperjelaskan dakwaan bahawa 127 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang, diarahkan keluar selewat-lewatnya 31 Disember sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebanyak 33 keluarga yang mendakwa ‘diusir’ oleh kerajaan Pusat dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani, Gua Musang bukanlah mangsa banjir sebaliknya mereka menumpang secara haram di pusat pemindahan sementara tersebut. Setakat ini terdapat 127 keluarga tinggal di kem tersebut namun selepas semakan dibuat, hanya 94 keluarga adalah mangsa banjir yang layak menerima rumah kekal.
SUMBER :