Mangsa Banjir Perlis Dijamu Nasi Berlauk Taugeh Dan Sardin?

TULAR:
768
Gambar hiasan. Sumber gambar : Facebook

PENJELASAN :

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya menyajikan menu makan tengah hari nasi lauk sardin dan tauge untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, Kangar, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Pengarah JKM Perlis Mohammad Hazam Ismail berkata, menu makanan tersebut adalah hidangan tambahan selepas menu asal gulai ‘ikan ketul’ tidak mencukupi. Menurutnya, sebanyak 2,500 pek makanan telah disediakan untuk mangsa banjir namun pada hari kejadian makanan itu tidak mencukupi dan kerana kesuntukan masa pihaknya membeli sardin untuk dihidangkan.

 

SUMBER :

Harian Metro

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI