PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia(PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kejadian kemalangan maut dan mangsa dikatakan rentung di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Machap.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mangsa sempat dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum kereta berkenaan terbakar.
“Mangsa dikeluarkan orang awam di tempat kejadian sebelum ketibaan kakitangan kecemasan tetapi disahkan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketika itulah kereta berkenaan tiba-tiba terbakar,” kata beliau.
SUMBER :