Menteri Besar Negeri Sembilan Beri Duit Raya ?

TULAR:
1659

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan memberi duit raya di pejabat perkhidmatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atau masjid sekitar DUN Rantau.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Says.com

SEBENARNYA  :

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan perkara tersebut. Beliau meminta orang ramai untuk tidak mempercayai berita palsu yang menjadi tular di laman sosial yang mendakwa beliau akan memberi duit raya.

SUMBER : 

Bernama

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI