Menteri KPKM Tidak Terlibat Dalam Sebarang Skim Pelaburan Patuh Syariah

TULAR:
485

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi skim pelaburan patuh syariah. Justeru penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga telah membuat laporan kepada pihak SKMM berhubung perkara ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri KPKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI