PENJELASAN:
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) memperjelaskan dakwaan bahawa menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi sebuah kesalahan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut JPN, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
SUMBER:
1. Facebook Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)
2. Facebook Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN)