SEBENARNYA:
Menurut IPD Seberang Perai Utara:
Dimaklumkan bahawa info tersebut adalah tidak benar. Pihak Balai Polis Kepala Batas atau mana-mana wakil Ketua Polis Balai Kepala Batas tidak pernah membuat permohonan seperti yang dinyatakan sama ada dalam bentuk material atau wang tunai daripada mana-mana individu atau lain-lain agensi selari dengan penugasan Op Covid-19.
SUMBER:
Facebook Rasmi IPD Seberang Perai Utara