Negara China Mempunyai Pelaburan Tertinggi Di Malaysia?

TULAR:
352

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa negara China mempunyai pelaburan tertinggi Malaysia.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenar, tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada kerajaan.

“Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 billion.”

Beliau berkata, nilai dagangan itu lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).

“Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun,” katanya.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja,” katanya.

SUMBER : 

Berita Harian

Laman Facebook Dato’ Abdul Rahman Dahlan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI