PENJELASAN :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperjelaskan dakwaan bahawa kadar GST turut dikenakan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, sememangnya telah wujud peraturan di bawah Akta GST 2015 iaitu OKU boleh mendapat pelepasan GST (melalui NGO berdaftar) dengan menunjukkan Borang Pelepasan Cukai GST kepada peniaga.
Katanya lagi, perbincangan khas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) juga ada menyatakan bahawa golongan OKU boleh mendapatkan pelepasan GST (melalui NGO berdaftar) terhadap alat bantuan untuk mereka contohnya peralatan tiruan atau sokongan, kerusi roda, alat bantuan pendengaran, tongkat, kasut khas dan alat bantuan penglihatan seperti yang termaktub di bawah Butiran 7 Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014.
SUMBER :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat