SEBENARNYA:
Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa kandungan yang tular tersebut adalah palsu. Kandungan yang tular tersebut adalah mesej yang dikitar semula sejak tahun 2015. Mesej tersebut juga diolah dan mempunyai pelbagai versi saban tahun seperti di bawah.
Versi Terkini. Tular: Mac 2020
Versi Terdahulu – Tular: November 2018
Versi Terdahulu – Tular: April 2018
Versi Terdahulu – Tular: Februari 2018
Versi Terdahulu – Tular: September 2017
Pihak PDRM, pada 6 Mac 2015 telah mengeluarkan kenyataan bahawa maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataannya pada 14 April 2017 telah menegaskan tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) juga dalam kenyataannya pada 30 April 2017 telah menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian.
SUMBER:
Laman Rasmi Polis Diraja Malaysia
Laman Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri
Laman Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Berita Harian