PALSU:
Tular di media sosial satu tweet kononnya oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengumumkan bahawa pemberian BR1M 2018 akan ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
SEBENARNYA:
YAB Perdana Menteri melalui akaun Twitter rasmi beliau tidak ada mengeluarkan tweet berkenaan penangguhan pemberian BR1M tersebut. Orang ramai dipohon agar tidak terkeliru dengan mesej palsu yang tular tersebut.
SUMBER:
Twitter Rasmi YAB Perdana Menteri