PDRM Berniat Memerangkap Ahli Politik Dengan Kes Dadah?

TULAR:
24

PENJELASAN :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaaan bahawa pihaknya berniat memerangkap seorang ahli politik melalui ujian saringan awal air kencingnya yang disahkan positif, namun kemudiannya disahkan negatif oleh patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya menjalankan tanggungjawab secara profesional, adil dan tiada unsur ‘perangkap’ terhadap kes membabitkan ahli politik melainkan mereka mempunyai keterangan terbabit dalam apa-apa perkara menyalahi undang-undang.

Mengulas laporan seorang ahli politik, Datuk Rizalman Mokhtar yang positif dadah dalam ujian saringan awal air kencing namun disahkan negatif kemudiannya oleh patologi HKL, Mazlan menegaskan, pihaknya telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Ujarnya, saringan awal dengan alat ujian ‘strip’ sememangnya sensitif tetapi ujian kedua oleh pihak patologi HKL adalah lebih saintifik dan keputusan dibuat pakar HKL adalah muktamad.

“Selepas ujian dilakukan, pihak patologi HKL mengeluarkan keputusan urin terbabit adalah negatif,” katanya menambah, kes dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) dan tiada tindakan lanjut diambil terhadap Rizalman.

SUMBER :

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI