PALSU :
Terdapat sebaran melalui media sosial mengatakan kononnya PDRM telah mengedarkan pekeliling bertajuk “Senarai nama anggota ketua kongsi gelap di Malaysia (Ops Cantas 2016)”.
Gambar hiasan. Sumber: commentsyard.com
SEBENARNYA :
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak pernah mengedarkan sebarang siaran media bertajuk ‘Senarai nama anggota ketua kongsi gelap di Malaysia (Op Cantas 2016)’ seperti yang tersebar.
Menurut jurucakap Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Superintendan N. Venugopal, siaran media itu adalah palsu.
SUMBER :