Pelancong Malaysia Dinasihatkan Untuk Berwaspada Susulan Pengisytiharan Zon Wabak Sementara Rabies di Thailand Bermula 9 September hingga 8 Oktober 2025

TULAR:
45

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS):

Pihak berkuasa Veterinar Thailand mengisytiharkan beberapa kawasan di Bangkok dan Samut Prakan sebagai Zon Wabak Sementara Rabies.

Penyakit Rabies menjangkiti anjing, kucing, mamalia lain dan manusia. Menular melalui gigitan, cakaran, atau air liur haiwan ke luka. Seratus peratus maut jika tidak dirawat. Zon Wabak (radius 5 km): Bangkok (Nong Bon, Dok Mai, Prawet, On nut, Phattanakan, Thap Chang, Lat Krabang, Bang Na Nuea, Bang Chak). Samut Prakan (Bang Kaeo,Racha Thewa).

Pelancong Malaysia dinasihatkan elak sentuh atau beri makan anjing, kucing, atau haiwan terbiar, tidak mendekati atau menyentuh haiwan liar dan segera dapatkan rawatan jika digigit atau dicakar haiwan.

SUMBER:

Facebook Rasmi DVS

X Rasmi DVS

Instagram Rasmi DVS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI