Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF):
MINDEF mengambil serius berkenaan kenyataan yang sedang tular di media sosial berkenaan dakwaan pemberhentian Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD), Panglima Tentera Laut (PTL) dan Panglima Tentera Udara (PTU) serta pertukaran pegawai-pegawai tertinggi ATM disebabkan oleh kontrak helikopter RM16 Bilion.
MINDEF dengan ini menafikan kebenaran kenyataan berkenaan dan mengesahkan bahawa tiada saling perkaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter seperti yang dihebahkan.
SUMBER:
Facebook Rami JHEV ATM