Penganjur PDIT Cuai Sehingga Menyebabkan Peserta Yang Lemas?

TULAR:
214
Sumber gambar : Facebook

PENJELASAN :

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun memperjelaskan dakwaan pihak penganjur bagi Port Dickson International Challenge (PDIT) cuai sehingga menyebabkan peserta yang lemas sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, tahap keselamatan bagi Port Dickson International Challenge (PDIT) Triathlon ke-17 ini adalah terbaik dan mengikut seperti mana yang ditetapkan.

Tahap keselamatan kejohanan ini berada dalam keadaan terbaik termasuk penyediaan pasukan keselamatan secara berganda.

“Semua aspek keselamatan yang ditetapkan telah pun dipatuhi penganjur, lagi pun ini adalah tahun ke-17 bukannya baru dibuat, acara yang telah lama dilaksanakan. Saya difahamkan ahli keluarga berpuas hati dengan aspek keselamatan, apa yang berlaku itu disebabkan kemalangan bukan disebabkan kecuaian manusia atau penganjur.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI