PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat sebaran umum bahawa pengeluaran KWSP kini dibekukan.
SEBENARNYA :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengulangi sekali lagi bahawa proses pengeluaran caruman masih berjalan seperti biasa di kesemua cawangannya.
KWSP berkata demikian semasa mengulas khabar angin yang tersebar di dalam internet mengenai pembekuan pengeluaran KWSP itu dan menasihati ahli-ahlinya bahawa dakwaan itu tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan.